alhamdulillah, akhirnya aku dirisik :)

syukur pada Allah, setelah 10 bln aku menyulam cinta dengan sorang hamba Allah nie, ibu ayah dia mai merisik aku.. sungguh-sungguh aku xpercaya pada hari kedua aidilAdha 27 oktober 2012.. jauh bona perjalanan depa dari n9 ke utara.. hanya kerana ingin merisik aku untuk anak mereka.. sayang, sesungguhnya ida terharu dengan semua ni.. cincin di sarung di jari manis ida tanda ida sudah dirisik.. InsyaAllah JANUARI nanti kita akan ditunangkan seterusnya akan dinikahkan.. mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita.. lopas ni den kono la blaja ckp nogori.. 

welcome "naufal"


Syukur Alhamdulillah, pada 15102012 seorang putera lelaki telah dilahirkan. Ianya hasil perkahwinan dari adik perempuanku dengan suaminya.. Setelah hampir 11 bulan mereka berkahwin akhirnya mereka mendapat cahaya mata pertama mereka. Aku adalah orang yang paling gembira walaupun dia bukannya anak aku.. Tapi disebabkan dia cucu sulung kepada mak n abah aku merangkap anak buah yang pertama untuk keluarga kami aku amat teruja. 


 ni gambar hari bahagia mereka berdua. 

inilah hasil perkahwinan mereka berdua 
"muhammad qayyum naufal bin mohd nasir"


Walaupun si kecik ni hanya anak buah aku, aku sangat sayangkan dia.. Tak sabar rasanya aku untuk balik mendodoi dan meriba dia. Naufal, jadi anak yang baik untuk umi dan abah tau sayang.. Mak long sangat sayangkan Naufal.. Sangat-sangat sayang.. Naufal buat mak long ceria.. Ya Allah Ya Tuhanku, kau berilah kesihatan yang baik untuk anak buahku Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segala. AMEEN YA RABBAL ALAMIN..